Sunday, May 08, 2011

JUBAH UNTUK IBU

siyes..aku xmampu nk mnahan air mata ini tuk x kuar menujukkan drinya bila bc kisah nii..sgt sedey..sob10000000x

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh!
Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni?
Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak
menyusahkan aku?”,marah ibu. Along hanya membungkam.
Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along.
Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi
kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam
Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak dengar
nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak
bercampur marah. Along terus membatukan diri.
Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi
dan kembali semula dengan rotan di tangannya.
Kali ini darah Along mula menderau.
Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya
lagi seperti selalu.“Sekarang kau cakap, kenapa kau
bergaduh tadi?Kenapa kau pukul anak pengetua tu?
Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin
berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata.
Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah,
dia juga tidak tahu bagaimana hendak
menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.
“ Jadi betul la kau yang mulakan
pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari
penyakitkan, sekarang nah, rasakan!”
Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.“Sakit bu…sakit….
maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….
Bu, jangan pukul bu…sakit bu…”
Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.
“Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi.
Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.
“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…
bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang
tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf
daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.
Along hanya mampu berdoa.
Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya.
Tangis bukan kerana sakitnya dirotan,
tapi kerana memikirkan tidak jemukah
si ibu merotannya setiap hari.
Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.
Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar.
Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar
di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu.
Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.
Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan.
Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.
Begitulah yang berlaku
apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak.
Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi
menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah
untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.
Namun,dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara.
Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.
Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah
sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat
sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak
sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek
rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along merebahkan badannya.
Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.
Seketika wajah ibu menjelma
diruang ingatannya.
Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan
matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar dan hanya
kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.
Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata
ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu
dahulu kerana mendapat keputusan yang
corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah
ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya
kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya.
Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu
yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi.
Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka.
Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula
semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan,
Along terlelap juga. Seminggu selepas peristiwa itu,
si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya,
hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja.
Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur.
Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok
mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap
makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong.
Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.
Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang
baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu.
Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan
mereka. “ Ibu...ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan
yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka.
Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat
keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus
memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.
“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”
“ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar,
tapi tunggulah Kak Ngah dengan
Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali.
Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”,
si ibu bersuara lembut.
Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.
‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.
“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”,
soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.
Si ibu mengangguk sambil tersenyum.
Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.
“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la.
Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”.
Along terkejut mendengar soalan
Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.
“Along kan hari-hari balik rumah?
Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama,
balik pun sebulan sekali ja!”,
terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”,
soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.
Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran
kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada
perasaan dendam atau marah walau secalit
pun pada ibu yang sangat disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi
ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu.
Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur
dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.
Apa yang dikata tidak pernah didengarnya.
Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah.
Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana
marah dan kecewanya. Selepas ibu dan Atih keluar,
Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan
buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya
tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang
jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.
‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’
Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.
Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh.
Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.
“La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu
sambil bersalaman dengan Fariz.
“Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat
sini?”, soalnya pula.
“Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat
nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.
“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku
bagi less 50%. Macammana?”
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu..
“Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”,
Along meminta kepastian.
“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”,
balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu
depan la.. Aku tak cukup duit sekarang ni.”
Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya
menepuk mahunya sambil tersenyum.
“Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.”
Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu,
mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”,
soal Fariz yang benar-benar ingin membantu
sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya
dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.
“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, t
ak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan
jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh.
Fariz hanya mengangguk senyum. Hari semakin lewat.
Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah
berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak
berbual dengan ibu di ruang tamu.
Dia menoleh ke arah mereka seketika
kemudian menuju ke dapur. Perutnya
terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari
sekolah petang tadi dia belum makan lagi.
Penutup makanan diselak.
Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan
nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing
kesayangan arwah ayahnya.
“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”,
soalan ibu yang bernada sindir itu
tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa
makanan di dalam pinggan.
“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”,
leter ibu lagi. Along hanya diam.. Dia terus berusaha mengukir senyum dan
membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan.
Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke
arahnya seperti tidak berpuas hati.
“Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana
Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.”
Marah Angah, adik perempuannya yang sedang
belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia
menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ,
dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.
“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la.
Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu",
sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah
berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua.
Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka.
Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka.
Along tidak tahan lagi.
Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.
Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan
kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab,
pasti ibu akan semakin membencinya.
Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah.
Dia akan mencari kerja di Bandar.
Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.
Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh,
Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian,
Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat.
Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan
bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah
di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan
selama beberapa hari justeru dia terpaksa
berbohong agar ibu tidak bimbang dengan
tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya
terus ke Pusat Bandar untuk mencari
pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu,
dia diterima bekerja dengan Abang Joe
sebagai pembantu di bengkel membaiki
motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari,
dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli
jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat
Along keluar daripada rumah.
Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang
dilakukan Along di luar.
Dia juga berasa agak rindu dengan Along.
Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh
setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi
kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila
melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu
Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe
yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak
mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik.
Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.
“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”,
soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu
mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.
“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?”
Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”
Along tersedak mendengar soalan itu.
Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar.
Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.
“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?”
Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.
Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi
ke dalam mulut dan mengunyah perlahan.
Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.
“Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian
ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang
kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek.
“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera?
Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…
Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.”
Jawab Alondisusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan
tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
“ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….
saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….
saya nak jadi anak yang soleh!”.
Perlahan sahaja suaranya namun masih
jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe
tersenyum mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang
anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah
bertahun-tahun membuka bengkel itu namun
belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah..
Setelah tamat waktu rehat,
mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu
Along kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan
Abang Joe sewaktu makan tadi.
“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...
terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”,
ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.
Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu
mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu,
Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan
Abang Joe terasa agak sebak.
“Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya
tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.”
Kata Along lagi.
“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”,
soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah
anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.
“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye!
Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.. Tapi, saya doakan
perniagaan abang ni
semakin maju.” Balasnya dengan tenang.
Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang
abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju
ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu.
Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus
ke tempat di mana baju itu disangkut.
“ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau.
Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah
menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
“Zam, mak kau marah kau lagi ke?
Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau
tumbuk si Malik tu?”
“Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku
terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni",
terang Along dengan tenang.
“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak
bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.
“Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”
“Zam..kau ni…..”
“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih
dan ingat kisah lama tu.”
Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak
berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz.
Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat
kad ni sekali, k!”,
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.
“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” ,
soal Fariz ingin tahu.
“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along.
“Abang Joe mana ni?”
“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih
sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”,
jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .
“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat
mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along.
“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”
“Bukan, minggu depan…”
“Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi.
“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni.
Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.”
Jawabnya sambil mengukir senyum. Along keluar daripada kedai.
Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak
sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.
Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu
yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.
Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya,
sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada
melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus
merempuh Along dari depan yang tidak sempat
mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu,
Along terpelanting ke tengah jalan
dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya.
Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan
tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya
perlahan-lahan dan terus mencari
hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada,
dia cuba mencapai hadiah yang
tercampak berhampirannya itu.
Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai
dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya.
Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.
Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat
orang–orang yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus
dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.
Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.
Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya.
Dia juga dapat mendengar suara Angah,
Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.
Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah.
Namun, dia kuatkan semangat dan cuba
menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.
“Ha..hadiah….untuk….ibu………”
ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.
Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya.
Si ibu begitu sebak dan sedih.
Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali.
Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat
ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam.
Sebelum matanya tertutup rapat,
terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya.
Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan
ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk
di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih.
Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan
yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna
merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.
Buat ibu yang sangat dikasihi,
Ampunkanlah salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati ibu,
along pinta sejuta kemaafan.
Terimalah maaf along bu..
Along janji tak kan membuatkan
ibu marah lagi.
Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya.
Selamat hari lahir ibu…
dan terimalah hadiah ini…
UNTUKMU IBU!
Kad itu dilipat dan dicium.
Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi.
Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih.
Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang
abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing,
Fariz tiba-tiba muncul.
Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan
segala apa yang dipendamnya selama ini.
“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam.
Azam tak bersalah langsung dalam kes
pergaduhan tu makcik. Sebenarnya,
waktu Azam dan saya sibuk
menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.
Dia sengaja cari pasal dengan
Azam dengan menumpahkan warna
air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam.
Dia cakapAzam anak pembunuh.
Bapa Azam seorang pembunuh dan …
dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…”
cerita Fariz dengan nada sebak.
Si ibu terkejut mendengarnya.
Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan
Along kerana kesalahan menumbuk Malik.
“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?”
Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan
teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap,
dia tak nak makcik jatuh sakit lagi,
dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik
ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima.
Tapi dia tak sanggup tengok makcik
dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....”
Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat
menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz.
Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah.
Berbagai perasaan mencengkam hatinya.
Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu
dengan pengorbanan si anak yang selama
ini dianggap derhaka
.

Saturday, May 07, 2011

...HARI IBU...



..mak..tuk mak sya HALIYAH bte DAMIS...i LOVE u mak..muahhh.!!!
anak mu ini memohon ampun & maaf andai anak mi ini sdh tllu bnyk wat salah pd mak..sesungguh nya anak mu ini x lpas dr bbuat salah...ampun kan sgala dosa2 anak mu ini ya mak..x t'balas sgala jasa2 mak tuk besar kan & beri didikan yg smpurna pd anak mu ini...cuma anak mu ini kdg2 lalai dgn hiburan duniawi hingga alpa tuk ingat sgala pesanan yg telah mak berikan..

Beribu orang datang dan pergi dalam hidup kita. Tetapi yang tetap setia di sisi menemani sejak di dalam rahim lagi adalah insan suci yang bernama Mama, Ibu, Emak, Mummy. Dialah satu-satunya insan yang tidak akan sesekali meninggalkan kita. Hargailah Mama ketika dia masih ada, ketika dia masih mampu membebel untuk kita, ketika dia masih mampu bertanya ke mana kita pergi, ketika kita masih berpeluang mengucup tangannya dalam keadaan hangat.

Tanpa ibu siapalah aku ni, sehebat mana pn aku tapi kalau tidak kasih dan sayang ibu pada diriku maka tidak bernilai hidup ku kerana syurga itu terletak di bawah kaki ibu.

"...permainan hidup.."


ermmmm...kdg2 kta d atas..& kdg2 kta akn duk d bawah jgk...
bila kt duk d bwh..tdk smesti nya akn brada d ctu tuk slama2 ny..usaha tuk ubah khidupan ini..
merepekk lagi aku nie..heheheh.

khidupan.....susah untuk d tafsirkan...sukar tuk d ramal apa yg akn tjadi kelak..
H.U.K.U.M K.A.R.M.A tetap akn ada..ari ni kt wat org tu..suatu ari nti.,pasti kt yg kne wat lak..
Masa tu kt akn myesal dgn apa yg kt da wat...sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL..
Ntah la..rs ny aku pn da bnyak wat salah ngn org sekeliling aku nie dlm sdar @ x sdar...
akn t'maaf kh smua ksilapan ku ngn org2 tsebut.???

.


Ya ALLAH..bnyk nya ksilapan yg aku da wat slama hmpir 25taun aku mnumpang d muka bumi MU ini Ya ALLAH...


Thursday, May 05, 2011